Selain kanser, banyak lagi penyakit yang tidak diduga boleh menyerang manusia bila-bila masa sahaja. Ada beberapa penyakit yang masih belum ada ubatnya, malah perubatan bagi sesetangah penyakit pun cukup sulit dan memerlukan waktu yang lama.Seperti mimpi buruk, serangan penyakit yang tidak diduga juga terjadi pada artis di Malaysia. Ada yang menemui ajal dengan penyakit tersebut, namun ada juga yang berhasil berjuang mendapat kesembuhan. Senarai yang dibuat oleh Hangat.com ini dari berbagai sumber, berikut 5 artis yang berjuang melawan penyakit tanpa menyerah yang sangat memberi inspirasi pada kita semua.
1)Nazim Othman

Pada tahun 2015, Nazim Othman menghidapi penyakit di bahagian otak selepas beliau memuat naik foto imbasan magnetik (MRI) di akaun Instagram miliknya. Ada yang mengatakan beliau menghidapi kanser otak dan sebagainya.
Pembedahan yang telah dilakukan ke atas Nazim mempunyai beberapa risiko besar, antaranya beliau boleh kehilangan deria rasa, kerana ia melibatkan bahagian otak yang agak sulit. Ketumbuhan pada otaknya terletak di antara bahagian mata kanan dan di atas hidung kanannya.
Kini Nazim dapat menjalani kehidupan seperti biasa namun dia bertambah kuat, dan jadikan kesakitan yang lepas lebih dekat dengan pencipta.
2)Shah Iskandar